BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Thursday, November 25, 2010

Zaman Budak KITA...



Indah dunia ketika itu
Yang membelai aku
Adalah BUNDA 
Setiap saat diambil tahu
Kadang BUNDA hilang sehari dua..
Kesibukkan BUNDA membuat aku bisu
Yang seronoknya dunia aku
Apapun aku buat waktu itu
Tidak menentu...
Sehingga tumbuhbesaran aku 
Buat aku diburu
Saudara-saudara aku
Kenakalan aku buat mereka tidak jemu
Malah sehingga datang satu masa..
Dunia aku jadi lebih ceria
Berkhatan kata BUNDA 
Kalau mahu cepat dewasa..
Terbahak aku seketika..
Waktu debar itu tiba...
Malam aku tidur tak lena
Fikir berkhatan itu apa jadahnya..
Rupanya semua kena...
Kalau nama LELAKI
Aku lagilah berdebar
Apabila masa itu tiba...
Dalam kepala macam-macam 
Difantasikannya...
HAHAhahahaahaaa...
Terkeluar sedalam suara... 
Maklumlah nak kekalkan jati diri lelaki
Ikut saudara direjam aku dalam telaga..
Supaya mudah dijalankan acara
Debar semakin kuat aku rasa..
Teman yang lain pucat muka..
Makin lama aku pula dijangkiti
Badan sejuk tetiber berpeluh semua
Mana nak lari kalau aku yang pertama...
BUNDA hanya memeluk 
Supaya aku hilang gegarannya..
Bila dipeluk BUNDA 
Rasa macam selamat semua..
Nak terkucil pun ada...
TOK MUDIM telah pun tiba
Dia menjeling pada kami semua
Masa itu kugenggam erat jejari BUNDA
Rasa nak lari bermain diminda..
Sedih aku lihat sekeliling yang ada..
Buat aku serba tak kena
Lagilah tangan meraba-raba tangan BUNDA..
Aku paling rupanya terpegang..
Tangan Kekanda sulung aku rupanya
Dan aku giliran yang PERTAMA...
Nak aku LONDEH kain sahaja
Biar KAIN disunatkannya...
HAHAHAHAHAHHAA...
Dahan pisang TERBARING disisi TOK MUDIM
Aku diiringi kompang kedalam SERAMBI rumah
Macam RAJA SEHARI diraikan
Tapi dada berdebar macam nak pecah...
Takut itulah menghurung jiwa...
Kaki terasa kebas semua...
Lalu aku diletak kebahu KEKANDA SULUNG aku
Mata rasa nak pejam...
Tapi aku lihat KEKANDA SULUNG aku ketawa...
Lalu aku menjerit panggil BUNDAAAAAAAAAAA
Keadaan tidak dapat dikawal..
Aku meronta-ronta
BUNDA segera menerpa...
BUNDA menenangkan kegawatan suasana
Yang lain semua menjadi huru hara...
Kalau dikenangkan...
Pasti aku terbahak-bahak ketawa..
BUNDA mengiringi aku kepohon pisang
Lalu aku pun menjerit lagi
Aku dengar suara memanggil aku
TOK MUDIM bersuara...
ADIK nak potong sikit saja,..
Nanti baru cepat dewasa...
Lalu aku pasrah dibahu BUNDA...
Ia cuma seketika...
Rupanya rasa macam digigit semut saja...
Seminggu aja...
Aku tak sedar semua sudah berubah...
BUNDA mula membeli seluar kecil aku
Teringat kembali saat itu
Pasti aku tersenyum sendiri
Kerana kelakuan takut dizaman budak aku
Apa tidaknya...
Pisau diasah didepan mata..
Adik-adik semua usah gentar..
Kalau disunat...
Pasti AYAH DAN BUNDA orang paling gembira
Kerana adik-adik akan lebih cepat dewasa..
Itulah pesan orang terdahulu dari kita...
Tersengih sendiri itu perkara biasa..
Mengenangkan ZAMAN BUDAK-BUDAK KITA...



CUngKILAN RASA:

PENYANGAK RIMBA2010



EJ MUFRAD DAMIEIN HASZALLY05112010

No comments:

Post a Comment

Followers