BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Wednesday, March 30, 2011

Wanita Kini dan Selamanya

wanita...kau pemangkin ide wawasan
tunjang kekuatan belakang 
pewaja masyarakat 
berbakat bukan warisan
cuma adab dikandung 
maruah diusung
misi menjadi pendokong
yang buta diberi laluan
yang cacat didarjatkan
yang miskin dipimpin penuh pantauan


wanita...kau penyuluh jalan tika gelita
pembawa anjakan 
bersemangat tiada diduga
paradigma sungguh berwibawa
tangan bisa gegarkan dunia
airmata bisa luluh...
jantung lelaki bisa runtuh
tabiat luar biasa
suara lantang takut terpuruk
kaum waja berselindung..
dibelakang ketika dengar jeritan
usah laungkan kekejaman
tapi yang lemah dibawa buai mimpi
unggul kewanitaan bukan tunggul
belaian telapak dia meruntun


wanita...zaman lemahmu dibelakangmu
tundukkan waktu bukan membatu
kandungmu kini dihadapan
berdiri megah tonjolkan kekuatan
agar dirimu tidak jadi bahan muatan
kalau engkau dikilokan
pasti menangis BUMI tuhan
pamerkanlah kelembutan ada ketegasan
tunjukkan mereka
tangan yang memberi makan
bisa membina jambatan keberanian
tangan yang menghayun buaian 
bisa membuat dunia tertawan
hebatkan kewanitaan
hebahkan keayuan 
lontarkan sifat keibuan
yang hasrat untuk membuat 
suatu keunggulan yang tiada dirawan


wanita...kaulah nyawa penyambung warisan
ilmu kau tabur menyuluh setiap insan
demi tuhan nyawa sanggup kau gadaikan
kau berikan sebuah kasih
yang tiada batasan
sebuah kasih satu ingatan
yang tiada tolok bandingan
sorotan dunia penuh pembangunan
kau hiburkan zuriatmu dengan nyanyian zikir tuhan
wanita...kau ibu juga malaikat buat mereka bertahan 
memberi semangat yang jitu tiada gantian
bersemadimu disetiap sanubari anak watan
peninggalan harta DOA jadi bantuan
penggerak setiap langkah penyambung talian


wanita...ceritamu tidak berakhir disini
pasti ada aja didada tabloit terkini
yang contoh buat pencetus kekuatan tika kau temu kegagalan
yang buruk kau buatkanlah sempadan
yang baik itulah kekalkan tauladan
wahai wanita...muntahkan tangisan
usah tergadai kesucian
oleh pujuk rayu si-syaitan
moga hidupmu dirahmati tuhan
carilah dahan yang tiada kerapuhan
andai rapuh satu tautan
jangan tangisan kau jadikan lautan
kerana setiap kesilapan
rujukkanlah pedoman kejalan keadhaan




wanita...aku insan yang penuh kejahilan
bukan berpandukan sifat kemaksiatan
bukan mohon dijulang dengan puji2an
cukuplah sekadar disini sebagai perhentian
andia jodoh diberikan tuhan
aku pasti patri kesyukuran..
cukup kau banggakan aku dengan tulisan
kalau ada kekurangan 
sepuluh jari aku mohon kemaafan
bukan airmata aku harapkan
kusudahi dengan kekurangan 
sebagai hamba hina dibumi tuhan
andai ada tersilap bahasa dan pertuturan
mohon aku seribu kemaafan
sekian wassallam...


http://penyangakrimba.blogspot.com/

Tuesday, March 15, 2011

BARISAN HATI DICALAR



terdengar ungkapan dari hati
bila terungkap dusta lidah
mata berkaca
hati luluh binasa..
kerana mudik salah 
kehulu ...semua  disangkah
luhur hanya iagauan 
tandus merekah bumi yang esa..
kalut meminta digugurkan dosa
memohon ampun pada manusia
yang x berdosa....
belum muntah teguranmu
seranah hadiah darimu
bagai petir kau menyumpah
pada insan yang sering berlagu zikir
dihatinya tiada dikitpun sekutu
zikirullah makanan hatinya
insan yang yang selalu sabar
tiada dendam disemat..
sanubari yang selalu 
bersedekahkan kalammullah..
tetapi..
berbaris hati kau calar
dari tiada dosa...
kau calarkan nista caci 
penuh luka..
ohh..insan yang tidak berdosa
berikanlah mereka hati insanimu..
moga cacian itu..
mohon aku..
cacian itu kau anggaplah
ia semanis madu dihulurkan allah
padamu insan.. 
dengan janji manis allah 
kau pasti tersenyum..
bahawa itu..
satu kerahmatan..
hadiah dari tuhanmu yang satu...
usah kau gentar melayari hidup
dimuka bumi illahi yang penuh duri..
bumi maha terbentang luas..
kau tagihkan kasih
namun bertabur cerca dibelakangmu
kau taburkan cinta...
fitnah manusia bersarang dibibir
kau lahirkan sayang..
kekhianatan yang hidup dinaluri mereka
bersabarlah insan itu pinta aku..
kerana kebenaran yang selalu ada..
bakal kau lihat dipaparan tersedia..
jangan bersedih...
kelakumu dititik pandangan illahi
kerana dia punya segalanya..
tangisan hatimu...
dia sahaja yang tahu..
usah kau tangisi didepan mereka
yang khianati kejujuranmu...
mintalah keajaiban illahi
mohon agar manusia itu sedar diri..
sedang yang berdosa sudah 
tidak bergari..
kau insan teraniaya..
doa dikabul secepat lidahmu berdoa..
padanya yang maha mendengar
usah kau hukum mereka yang berdosa..
sedangkan maafkanlah mereka..
minta allah memberkati
hidup keakhir hayatnya..
kerana hidup ini..
tiada yang mulia..
kecuali hati pandai dijaga..
pasti dia yang berkuasa...
akan menilainya..
wallahhuallam...









Sunday, March 13, 2011

semalam aku bermimpi...
kau temani aku 
tapi perjalanan itu tiada penghujung...
tetapi aku rindu...aku tetap membisikkan...
padamu...bahawa kau bukan milikku...
biar ia telah menghilang...
aku pergi dengan langkah siluku...
dan aku sedar bahawa rindu itu...
bukan untukmu...
kerana rindu ini...
buat ayahanda dan bunda tercinta...
maafkan aku teman....
kau hanya diigauan...
yang bertahta dihati...
hanya dia yang satu...
kerana mencintainya...
tiada luka.......

Thursday, March 3, 2011

BANGKITLAH MAWAR SEGARKAN TAMANMU


peluang datang didepan riba...
namun yang harus dtg usah dihalang...
bukan padamu seorang...
diulang pada setiap yg terlarang..
dan ini pulangan...
terima qada dan qadar..
seluas halaman..
agar cinta illahi pasti diundang...
yang hilang...
tidak subur seperti yang lalu...
malah hati2 dengan langkahmu...
insan ini siksa dunia..
ini daki sebelum dicuci...
usah dikesali dengan QILAFmu...
kerana rahmat menanti didepanmu...
langkahlah dengan zikir dihati...
zuriat penyambung kasih...
kini terkubur sayang...
ingin kukatakan padamu...
usah cinta selayang pandang...
hidup itu biarlah cuma kasih dan sayang...
pasti kekal persahabatan...
waktu mengajar manusia...
saat mengajar insan...
detik buat mereka yang bakal mendatang...
jadilah insan bukan haiwan...
jauhi sifat terlarang...
illahi bukan memandang rupa..
cukup jasad dihukum...
jangan hati terkulum.....
ingatlah dunia tiada salah...
cuma langkah kita yg kalah...
bumi tetap berputar...
jadilah insan...
kerana itu tuntutan...
bekalkan zuriatmu dengan tauladan...
bukan sempadan...
kau tangis sekarang...
namun usah dihari mendatang....
pasti lututmu tidak akan goyang....
kekalkan cinta illahi...
indah sungguh hdupmu akan dirahmati...

insya'allah...mawar putih...

http://penyangakrimba.blogspot.com/

OH SEDETIK LEBIH...LIRIK YG KU DENGAR BAGAI MENGHIMPIT..LARAAA...



kala telinga mendengar bait2 kata...
hati menangis 
merdu anugerah menari ditelingaku
"SEDETIK LEBIH" kini bertahta dijiwa
telinga menjerit...hentikan sandiwara..
siapa mereka...cukup asing bagiku..
namun mereka dekat dengan jiwa insaniku..
oh...insan...
usah dengar bisikan syaitan...
kuatkan hati dengar zikir illahi...
usah menyerah...kelak kita mengalah..
terbahak dia mencuit hati kita..
andai itu satu kebetulan..
jeritkan 'ALLAH MAHA BESAR'
terpelanting dia keluar dari hati kita..
usah biar dia berkalung dihati..
usah biar dia berbisik dicuping...
usah henti kalamullah zikir..
tangisan itu hiba...sendu
dia suka berselindung dibalik hati
hanya konon dengan tangisan buat manusia kasihan..
ingat kasihan itu kini mainan manusia kotor..
hatinya...kotor jiwanya...
kotor emosinya...
kerana airmata kini ada dijual..
tapi bukan dipasaran...
tetapi didataran persembahan..
mana-mana jua manusia ini akan hadir
konon simpatilah padanya...
namun siapa bakal \cerita apa sebelumnya..
hanya dia yg kenal siapa didinya..
pada tuhan aku berserah...
biarlah jiwanya yg rosak...
bukan kau aku dan sesiapa...
yang gelodak jiwa itu...
sakit...
 NAU'ZUBILLAHMINZALIKH....
JAUHKAN AKU YA..ALLAH
namun sifat manusia yang mahu menang
dunia kau genggaminya...
tapi akhirat milik aku pula...
bersabar lah muslimin muslimat..
ada waktu kau sebagai wira...
tetapi kalah kita bukan mengalah..
cuma mengikut rentak dunia semesta..
biar aku dihukum...
kerana itu khilafku...
aku bukan minta simpati..
hidup ini penuh tauladan...
maka tauladanilah yg sesdap dihati...
sempadankan yg bukan sedap dihati..
kerana esok masih terbit mentari
kerana esok masih ada suria..
kerana esok matahari tetap diufuk..
andai itu semua terhenti...
aku mohon pada illahi..
ambillah aku dahulu...
biar mereka yg lewat itu bukan aku...
kerana aku takut dugaanmu 
bukan sesama manusia dijadikanmu...
oh...sedetik lebih..
lrik yang kudengar bagai menghimpit LARA....











Followers