BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Wednesday, March 30, 2011

Wanita Kini dan Selamanya

wanita...kau pemangkin ide wawasan
tunjang kekuatan belakang 
pewaja masyarakat 
berbakat bukan warisan
cuma adab dikandung 
maruah diusung
misi menjadi pendokong
yang buta diberi laluan
yang cacat didarjatkan
yang miskin dipimpin penuh pantauan


wanita...kau penyuluh jalan tika gelita
pembawa anjakan 
bersemangat tiada diduga
paradigma sungguh berwibawa
tangan bisa gegarkan dunia
airmata bisa luluh...
jantung lelaki bisa runtuh
tabiat luar biasa
suara lantang takut terpuruk
kaum waja berselindung..
dibelakang ketika dengar jeritan
usah laungkan kekejaman
tapi yang lemah dibawa buai mimpi
unggul kewanitaan bukan tunggul
belaian telapak dia meruntun


wanita...zaman lemahmu dibelakangmu
tundukkan waktu bukan membatu
kandungmu kini dihadapan
berdiri megah tonjolkan kekuatan
agar dirimu tidak jadi bahan muatan
kalau engkau dikilokan
pasti menangis BUMI tuhan
pamerkanlah kelembutan ada ketegasan
tunjukkan mereka
tangan yang memberi makan
bisa membina jambatan keberanian
tangan yang menghayun buaian 
bisa membuat dunia tertawan
hebatkan kewanitaan
hebahkan keayuan 
lontarkan sifat keibuan
yang hasrat untuk membuat 
suatu keunggulan yang tiada dirawan


wanita...kaulah nyawa penyambung warisan
ilmu kau tabur menyuluh setiap insan
demi tuhan nyawa sanggup kau gadaikan
kau berikan sebuah kasih
yang tiada batasan
sebuah kasih satu ingatan
yang tiada tolok bandingan
sorotan dunia penuh pembangunan
kau hiburkan zuriatmu dengan nyanyian zikir tuhan
wanita...kau ibu juga malaikat buat mereka bertahan 
memberi semangat yang jitu tiada gantian
bersemadimu disetiap sanubari anak watan
peninggalan harta DOA jadi bantuan
penggerak setiap langkah penyambung talian


wanita...ceritamu tidak berakhir disini
pasti ada aja didada tabloit terkini
yang contoh buat pencetus kekuatan tika kau temu kegagalan
yang buruk kau buatkanlah sempadan
yang baik itulah kekalkan tauladan
wahai wanita...muntahkan tangisan
usah tergadai kesucian
oleh pujuk rayu si-syaitan
moga hidupmu dirahmati tuhan
carilah dahan yang tiada kerapuhan
andai rapuh satu tautan
jangan tangisan kau jadikan lautan
kerana setiap kesilapan
rujukkanlah pedoman kejalan keadhaan




wanita...aku insan yang penuh kejahilan
bukan berpandukan sifat kemaksiatan
bukan mohon dijulang dengan puji2an
cukuplah sekadar disini sebagai perhentian
andia jodoh diberikan tuhan
aku pasti patri kesyukuran..
cukup kau banggakan aku dengan tulisan
kalau ada kekurangan 
sepuluh jari aku mohon kemaafan
bukan airmata aku harapkan
kusudahi dengan kekurangan 
sebagai hamba hina dibumi tuhan
andai ada tersilap bahasa dan pertuturan
mohon aku seribu kemaafan
sekian wassallam...


http://penyangakrimba.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Followers