BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Tuesday, March 15, 2011

BARISAN HATI DICALAR



terdengar ungkapan dari hati
bila terungkap dusta lidah
mata berkaca
hati luluh binasa..
kerana mudik salah 
kehulu ...semua  disangkah
luhur hanya iagauan 
tandus merekah bumi yang esa..
kalut meminta digugurkan dosa
memohon ampun pada manusia
yang x berdosa....
belum muntah teguranmu
seranah hadiah darimu
bagai petir kau menyumpah
pada insan yang sering berlagu zikir
dihatinya tiada dikitpun sekutu
zikirullah makanan hatinya
insan yang yang selalu sabar
tiada dendam disemat..
sanubari yang selalu 
bersedekahkan kalammullah..
tetapi..
berbaris hati kau calar
dari tiada dosa...
kau calarkan nista caci 
penuh luka..
ohh..insan yang tidak berdosa
berikanlah mereka hati insanimu..
moga cacian itu..
mohon aku..
cacian itu kau anggaplah
ia semanis madu dihulurkan allah
padamu insan.. 
dengan janji manis allah 
kau pasti tersenyum..
bahawa itu..
satu kerahmatan..
hadiah dari tuhanmu yang satu...
usah kau gentar melayari hidup
dimuka bumi illahi yang penuh duri..
bumi maha terbentang luas..
kau tagihkan kasih
namun bertabur cerca dibelakangmu
kau taburkan cinta...
fitnah manusia bersarang dibibir
kau lahirkan sayang..
kekhianatan yang hidup dinaluri mereka
bersabarlah insan itu pinta aku..
kerana kebenaran yang selalu ada..
bakal kau lihat dipaparan tersedia..
jangan bersedih...
kelakumu dititik pandangan illahi
kerana dia punya segalanya..
tangisan hatimu...
dia sahaja yang tahu..
usah kau tangisi didepan mereka
yang khianati kejujuranmu...
mintalah keajaiban illahi
mohon agar manusia itu sedar diri..
sedang yang berdosa sudah 
tidak bergari..
kau insan teraniaya..
doa dikabul secepat lidahmu berdoa..
padanya yang maha mendengar
usah kau hukum mereka yang berdosa..
sedangkan maafkanlah mereka..
minta allah memberkati
hidup keakhir hayatnya..
kerana hidup ini..
tiada yang mulia..
kecuali hati pandai dijaga..
pasti dia yang berkuasa...
akan menilainya..
wallahhuallam...









No comments:

Post a Comment

Followers