BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Tuesday, April 26, 2011

sesuci suratan..dan kini ada persahabatan



tika terlena...aku dibuai mimpi
mimpi bertebing antara kami
kuhulur tangan walau ada perit
suatu masa hela manja membelai
suatu kata indah terpacul tiada batasnya
pada kau kugelarkan SAHABAT
jauh kusimpan niat yang tak bertepi
ada keharuman jelas terhubung antara kami
bersyukur aku pada yang KHOLIK
kerana kau hadir kali kedua untuk aku
tiada anggapan yang terhimpit
cuma kemas aku tutur pada bicara
takut ada luka tersemat didada
sehingga dia sedaya upaya
menjelaskan kedudukan sebenarnya
ketulusan amat menerujakan diminda
lahir darinya kejujuran tiada diduga
dia wanita kudamba
untuk menjadi pendengar setia
ayat yang terbaris indah
agar aku yang gagah tidak kalah
oleh masalah dunia yang penuh helah
aku terkedu tiada sepatah kata
yang ada air mata bahagia
sebaik dan semurni hati "AISHAH"
sedikit demi sedikit kukenali kelembutannya
demi untuk tiada dusta antara kita
aku kagumi hatinya yang selalu menegur lembut
apa jua yang tersalah antara kami yang lemah
namun aku sedar dan dia juga punya rasa yang sama
sesuci suratan dan akhirnya kami menjadi sahabat
yang selalu menceritakan suka dan duka
walau perit itu sekecil hama
namun dia selalu ada...
untuk aku dan dia
terima kasih yang esa
memberikan aku sahabat secantik nuraninya
walau lahiriah cuma gambaran tiada nyata
aku tahu semua itu tiada kekal
biarlah aku mengenali dia secantik namanya
yang selalu dimimpi setiap "ADAM"
tega untuk mendengar rentetan kehidupan
suka pada ciptaan TUHAN dan keindahan
aku suka melihat awan
dia juga punya rasa yang sama
aku akur pada takdir illahi
agar semua ini jadikan kami lebih mengerti
erti kehidupan sejati
agar kami didorongi oleh santun terpatri
persahabatan yang diigau kini terjadi
hanya DIA yang maha mengerti
harapan persahabatan ini kekal abadi
aku bermohon setiap hari
semoga hakiki itu tidak disangkal
yang indah itu datangnya dari akal
yang cantik itu datangnya dari hati
agar semua ini jadikan kami lebih mengerti
bahawa yang kekal itu sahabat sejati
semoga ianya kekal abadi
sehingga tertutup aman mata ini
semuanya dengan kehendak illahi..




http://penyangakrimba.blogspot.com/

KAU BERIKAN AKU KEKUATAN.....ooooohhh TUHAN

kufikir untuk kebaikan
kufikir untuk kepenatan
kufikir untuk masa depan
kufikir untuk alam kedua ciptaan tuhan
kufikir untuk keterakhir alam dinantikan
namun adakah aku dinantikan
bertaut demi satu kejadian
bertahan selagi ada kekuatan
adakah aku kudrat sedemikian
dengan sifat tak keruan
dengan sikap disindir syaitan
aku takut adanya kegelapan
aku resah bila dijemput TUHAN
katanya usah gentar BILA ada jemputan
pulang keasal kita dijadikan
namun aku manusia kesederhanaan
yang pincang menunaikan suruhan
apa yang indah dimasa depan
andai hidup didera kegundahan
terbuka hijab diperhatian
"NUR" terkelip pemberian TUHAN
amat gentar bila difkirkan...
ohhh....insan
bertuahkah kita "KEHAMBAAN"
dimana tuas kekuatan
hanya disurung beban
hanya diusung DOSA keberatan 
hanya digendung kepura-puraan
hanya diteman kegusaran
hanya dikawal kebimbangan
namun aku masih mencari kerahmatan
aku genggam semua amalan
aku dokong "SUNNAH" pemberian
aku mencari kebahagian 
aku mencari keredhaan
aku mencari kedamaian
aku mencari keberkatan
aku mencari ketenangan
agar hilang semua permasalahan
moga hati dan akal ada kewarasan 
aku akur ketentuan 
aku sabar QADA dan QADAR TUHAN
aku laungkan agar bertemu KEAMANAN...
semua dengan izin TUHAN....





http://penyangakrimba.blogspot.com

Sunday, April 24, 2011

LANGIT TERKEDU.. AWAN BERHENTI BERARAK

bila hujan merintik kebumi
semua insan bersabar
masih ada langkah terbaki
nafsu berkeinginan
ada masih berbungkam dihati
terkikis dek rasa hiba
melihat ada kaku langkah disana
semua bungkah ingin dipunggah
kerana telus rasa ingin tahu isi
bersahaja longlai menuju
kedestinasi dihajati
biarlah seribu duri
sanggup diredah demi bungkah
isi masih tersembunyi
masih rintik tiada henti
dari rintik berbunyi lebat
dicurah kebumi
sabar itu silih berganti
tiba-tiba terpacul maki
anugerah dicaci...
sakit manusia kini
disebab bungkah sebiji
belum dikasi tahu isi
hilang pertimbangan diri
kasihan cahaya dihati
tidak peluang diberi
hakikat masih terikat
nur setitis disekat
awan dilangit...
berarak tercungap
insan usah takbur mengharap
kenapa isi bungkah disangap
biarlah suatu waktu tertiarap
dimuka pentas ini diserkap
bersabar itukan yang diharap
usunglah hingga subur ketunjang
usah biarkan..
LANGIT TERKEDU..
AWAN BERHENTI BERARAK
usahlah emosi berselerak
pasti terserlah jua watak-watak
yang memanggil hujan sikatak
yang memberi titisan ianya yang kholiQjangan bumi dibentak2
peluang jangan diinjak-injak
itu pasti bumi berkehendak
kerana kita jua punya HAQ
ia hakiki keputusanya MUTLAK




Kukenal duka itu LARA..


dalam senyum kuberbisik
hati ini sedang menantimu
biar tangis kusimpan dikalbu
kerana sepi itu merawat lukaku
sakit itu penawar tiap waktu
kau biarkanlah emosiku
dirobek oleh sendamu
kubuntu dan kaku..

pada masa kita bahagia
kau berikanku tawamu
pada saatku derita 
kau berikanku sinismu
pedihnya...
kukagum kerana tiada tangis darimu
kerana kehilanganku
betapa kuluhur menyayangi
kini kuterpinggir sendiri
kini kuterbiar menyuap luka emosi
kulayari bahtera sunyi
kugagahi walau perit menggigit
langkah ini bagai dihimpit
rasamu tiada sesal walau sedikit


cukup hanya sekali ini
biar luka itu kukunyah sakit
biar KUKENAL DUKA YANG LARA
agarku tabah menghadapi semua
kupasrah kasih tidak menjunjung keMENARA
mungkin ini redha yang kuterima
biarlah kau bahagia 
biarlah kutangis setiap rawa
kerana ini takdir suratan dari yang esa
apalah erti kasih
andai hidup disusun cerca
apalah erti sayang
andai hidup bersama tiada acuan dicanang
kuingin bersama gemilang
kuingin berdua terbilang
semua angan terpaksa kubuang
semua kisah itu dibuku dalam kenangan
dilubuk hati kusimpan
semalam kuanggap ia mimpi penuh kengerian..
agar rindu kutanam agar berpaksi
disini cinta terkubur lagi
terima kasih..keranamu
KUKENAL DUKA ITU LARA




Wednesday, April 20, 2011

BERSAMAMU BUNDA,,,,,

bila bahu ini disinggahi kepalamu bunda
tiba-tiba basah bahu singgahan bunda
tiada kata semanis bunda yang setia
aku bangga menjadi tempat paut syurga tercinta
dihati bunda tiada dapat kubaca
bila melepaskan tangisan sendunya
akulah pendengar setia
mungkin rindu itu sendu
apa jua dicerita bunda dihati aku buku
kerana aku tak mahu bertengkar sesama saudaraku
andai ada apa jua masalah jiwaku
bundalah tempat mengadu..
walau ada ingin mengganti tempat bundaku
takut dituduh mencuri kasih
bila wanita menitis titis salju
dunianya mahu dipangku
jadilah perwira kalbu bunda waktu itu
selami apa jua sedannya
kerana disitu kamu bertahta sampai menutup mata BUNDA..
insya'allah....anak-anak pada BUNDA...


















http://penyangakrimba.blogspot.com

NOTA DARIKU...



yang dituai itu yang dibanggakan
yang dibuai itu kasih dalam pelukkan
tangisan itu sangat besar keresahan
kerana yang disuap pasti dibekal ke depan
untuk melihat setiap paradigma kehidupan
didokong ketika letih berjalan
didokong takut tersandung diperjalanan
nyamuk menghinggap dimarah nyamuk berkenaan..
bila usia mencecah keremajaan
bunda dan ayahanda dikhianati jangan
tiap nasihat usah anggap itu cacian
tiap langkah minta keizinan
tiap ilmu mohon keberkatan
tiap dugaan mohon bunda restukan
bila leteran singgah itu azimat sepanjang zaman
bila menjangkau alam kedewasaan
suara usah dikeras-keraskan
ucapkan perlahan penuh belaian
takut hati siTUA kesedihan
apabila wang beribu digenggaman
ketika kita diatas tunduk akur kesyukuran
yang layu dibuang jangan...
tempatkan dibawah payung jagaan tuan dan puan
mewah manapun kehidupan
andai tidak mendapat kerestuan 
pasti hidup kalian tidak keruan
jadilah anak yang bertiangkan keimanan
yang jauh didekatkan
yang dekat kita rapat-rapatkan...
pulang kalau berkesempatan
CIUM telapak kaki bundamu
besar pengertian dalam jalinan dan perhubungan
mohon halalkan susu pemberian bunda kesayangan
renung matanya yang penuh kesayuan
dalam sedar lebih kesyahduan
rasa insaf sehingga kerahang insan
moga hidup aku, kalian juga dirahmati tuhan..
insya'allah



Wednesday, April 13, 2011

Luahan Hatiku

dingin pagi yang hening
terlelap hanya sekejap 
bangun mendakap dingin pagi
tika itu rindu pada sesuatu
tak mampu disampai oleh lidah
dan dihati ia terbuku beku
disentuh lembut angin salju
air jernih suam menyentuh pipiku
dalam termangu sendu
minda kosong tanpa ada yang membelenggu
aku biarkan melayang tanpa hala
kerana tidak mahu beban 
menghinggap disinggahsana
jejari menaip apa sahaja 
yang terlintas dikalbu gebu
bagai mencurah bak air terjun
kotak minda diserbu
dan inilah ayat yang dimuntah akalku 
didada PAHKA aku menyatu...
buat tatapan rakan taulanku
masih ada baki disini
tapi usahlah habis dicurah
kelak dipandang tanpa mengerti
apa maksud paparan ini...
cuma nota LUAHAN HATI
tika tersedar lalu aku DISINI..
dengan ucapan SELAMAT PAGI
semoga hari ini lebih ceria dan dirahmati illahi
insya'allah





http://penyangakrimba.blogspot.com

Aku Malu Pada Jasadku

kudengar kicauanmu
kudukung siluku
aku malu pada jasadku
cuma roh aku yang bisa membantu
setiap yang kupanggu
semua terkubur 
aku rela pemergian kedua orang tua 
ketanah begitu jua aku
ingat mati jerit rohku
maka ulas lidah membeku
tuntut satu tiada tertunai lagi
aku tak mahu hanya bermimpi
angan takut murka dek illahi
dimana akan kutitip
pahala-pahalamu oh illahi
setiap sujudku 
aku tak mahu dinodai iblis laknat
tetapi aku manusia hina
hanya mampu berdoa
yang menentukan aku...
pada yang esa aku berserah
agar pedoman diserap
agar nur itu digilap
semoga lurus perjalan didakap
pada illahi aku meratap
usahlah rajuk ditatap
andai ada salah dan silap
sepuluh jari kususun memohon maaf


















http://penyangakrimba.blogspot.com

.....KEHIDUPANKU...


hidup penuh gelora
kerana ombak kita dihempas badainya
sudah pincang kehidupan
malah digalas lagi beban asmara
ini bukan cerita sakit bercinta
pilu itu aku sandarkan dibahu sendiri
tapi memang tidak sama
bahu sendiri bertapis airmata
jejari halus tak henti mengusap lara jiwa
puas aku dengan penat
terkadang lelah buat aku meluat
tetapi tak sampai hati dan kudrat
bagaimana aku nak buat
itu yang telah tersurat
hari ini datang ramai-ramai sarat
esok seorang pun tak nampak kelibat
mengeluh buat aku pesat
aku usahakan jauh lebih hebat
tetapi yang esa pilih agenda tersurat
aku serahkan pada illahi keputusan dibuat
biar lidah ini terasa kelat
sebab semua aku bawa dah cukup padat
aku mohon pada yang esa usah hati ini sesat
bukan kerana lara mohon dijabat
aku tahu semua ini suratan illahi
bukan hanya aku seorang diduga begini
bukan aku yang menghampiri
setiap yang datang bagai tergari
langsung terjunam dilubuk hati
buat lara mengganggu emosi
memikir lagi...
kadang-kadang takut meniti esok hari
kerana esok pada aku tiada erti 
aku pasrah apa jua disumbat
realiti hari ini aku telan bulat-bulat
fantasi esok bagi aku terkulat-kulat 
rasanya bahagia nak datang cukup lambat
datang seminit peluang cepat aku tambat
agar tidak terlepas dimerata tempat
dan inilah KEHIDUPANKU yang aku dapat
walau dia buat hidup aku melarat
aku amat bersyukur kehadrat
mungkin didepan menanti itu seribu rahmat
dan sinilah KEHIDUPANKU terpahat




Followers