BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Wednesday, April 13, 2011

.....KEHIDUPANKU...


hidup penuh gelora
kerana ombak kita dihempas badainya
sudah pincang kehidupan
malah digalas lagi beban asmara
ini bukan cerita sakit bercinta
pilu itu aku sandarkan dibahu sendiri
tapi memang tidak sama
bahu sendiri bertapis airmata
jejari halus tak henti mengusap lara jiwa
puas aku dengan penat
terkadang lelah buat aku meluat
tetapi tak sampai hati dan kudrat
bagaimana aku nak buat
itu yang telah tersurat
hari ini datang ramai-ramai sarat
esok seorang pun tak nampak kelibat
mengeluh buat aku pesat
aku usahakan jauh lebih hebat
tetapi yang esa pilih agenda tersurat
aku serahkan pada illahi keputusan dibuat
biar lidah ini terasa kelat
sebab semua aku bawa dah cukup padat
aku mohon pada yang esa usah hati ini sesat
bukan kerana lara mohon dijabat
aku tahu semua ini suratan illahi
bukan hanya aku seorang diduga begini
bukan aku yang menghampiri
setiap yang datang bagai tergari
langsung terjunam dilubuk hati
buat lara mengganggu emosi
memikir lagi...
kadang-kadang takut meniti esok hari
kerana esok pada aku tiada erti 
aku pasrah apa jua disumbat
realiti hari ini aku telan bulat-bulat
fantasi esok bagi aku terkulat-kulat 
rasanya bahagia nak datang cukup lambat
datang seminit peluang cepat aku tambat
agar tidak terlepas dimerata tempat
dan inilah KEHIDUPANKU yang aku dapat
walau dia buat hidup aku melarat
aku amat bersyukur kehadrat
mungkin didepan menanti itu seribu rahmat
dan sinilah KEHIDUPANKU terpahat




No comments:

Post a Comment

Followers