BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Sunday, April 24, 2011

LANGIT TERKEDU.. AWAN BERHENTI BERARAK

bila hujan merintik kebumi
semua insan bersabar
masih ada langkah terbaki
nafsu berkeinginan
ada masih berbungkam dihati
terkikis dek rasa hiba
melihat ada kaku langkah disana
semua bungkah ingin dipunggah
kerana telus rasa ingin tahu isi
bersahaja longlai menuju
kedestinasi dihajati
biarlah seribu duri
sanggup diredah demi bungkah
isi masih tersembunyi
masih rintik tiada henti
dari rintik berbunyi lebat
dicurah kebumi
sabar itu silih berganti
tiba-tiba terpacul maki
anugerah dicaci...
sakit manusia kini
disebab bungkah sebiji
belum dikasi tahu isi
hilang pertimbangan diri
kasihan cahaya dihati
tidak peluang diberi
hakikat masih terikat
nur setitis disekat
awan dilangit...
berarak tercungap
insan usah takbur mengharap
kenapa isi bungkah disangap
biarlah suatu waktu tertiarap
dimuka pentas ini diserkap
bersabar itukan yang diharap
usunglah hingga subur ketunjang
usah biarkan..
LANGIT TERKEDU..
AWAN BERHENTI BERARAK
usahlah emosi berselerak
pasti terserlah jua watak-watak
yang memanggil hujan sikatak
yang memberi titisan ianya yang kholiQjangan bumi dibentak2
peluang jangan diinjak-injak
itu pasti bumi berkehendak
kerana kita jua punya HAQ
ia hakiki keputusanya MUTLAK




No comments:

Post a Comment

Followers