BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Wednesday, April 13, 2011

Luahan Hatiku

dingin pagi yang hening
terlelap hanya sekejap 
bangun mendakap dingin pagi
tika itu rindu pada sesuatu
tak mampu disampai oleh lidah
dan dihati ia terbuku beku
disentuh lembut angin salju
air jernih suam menyentuh pipiku
dalam termangu sendu
minda kosong tanpa ada yang membelenggu
aku biarkan melayang tanpa hala
kerana tidak mahu beban 
menghinggap disinggahsana
jejari menaip apa sahaja 
yang terlintas dikalbu gebu
bagai mencurah bak air terjun
kotak minda diserbu
dan inilah ayat yang dimuntah akalku 
didada PAHKA aku menyatu...
buat tatapan rakan taulanku
masih ada baki disini
tapi usahlah habis dicurah
kelak dipandang tanpa mengerti
apa maksud paparan ini...
cuma nota LUAHAN HATI
tika tersedar lalu aku DISINI..
dengan ucapan SELAMAT PAGI
semoga hari ini lebih ceria dan dirahmati illahi
insya'allah





http://penyangakrimba.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Followers