BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Sunday, April 24, 2011

Kukenal duka itu LARA..


dalam senyum kuberbisik
hati ini sedang menantimu
biar tangis kusimpan dikalbu
kerana sepi itu merawat lukaku
sakit itu penawar tiap waktu
kau biarkanlah emosiku
dirobek oleh sendamu
kubuntu dan kaku..

pada masa kita bahagia
kau berikanku tawamu
pada saatku derita 
kau berikanku sinismu
pedihnya...
kukagum kerana tiada tangis darimu
kerana kehilanganku
betapa kuluhur menyayangi
kini kuterpinggir sendiri
kini kuterbiar menyuap luka emosi
kulayari bahtera sunyi
kugagahi walau perit menggigit
langkah ini bagai dihimpit
rasamu tiada sesal walau sedikit


cukup hanya sekali ini
biar luka itu kukunyah sakit
biar KUKENAL DUKA YANG LARA
agarku tabah menghadapi semua
kupasrah kasih tidak menjunjung keMENARA
mungkin ini redha yang kuterima
biarlah kau bahagia 
biarlah kutangis setiap rawa
kerana ini takdir suratan dari yang esa
apalah erti kasih
andai hidup disusun cerca
apalah erti sayang
andai hidup bersama tiada acuan dicanang
kuingin bersama gemilang
kuingin berdua terbilang
semua angan terpaksa kubuang
semua kisah itu dibuku dalam kenangan
dilubuk hati kusimpan
semalam kuanggap ia mimpi penuh kengerian..
agar rindu kutanam agar berpaksi
disini cinta terkubur lagi
terima kasih..keranamu
KUKENAL DUKA ITU LARA




No comments:

Post a Comment

Followers