BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Monday, November 29, 2010

PATRI CINTAMU...

KAU BAGAI SETIA MENYAYANGIKU
TETAPI TAK SETULUS HATIMU
CUMA GETAR BIBIR
BISA MENCERITAKAN
APA YANG TERSIRAT
DIHATIMU...
DAN AKU....
TAK MAHU MENGELAMUN SENDIRI
MENGEJAR BAYANG
YANG BELUM PASTI

BENARKAH KASIH HADIR
TANPA PAKSAAN DARI NALURI
AKU CUBA MENYELAMI
KELUBUK EMOSI
YANG TAK BERPATRI
CUMA YANG AKU TERIMA..
KEPURA-PURAANMU

C/O:
OH...BENAR APA YANG DIKATA
CINTA ITU BUTA
CINTA ITU DUSTA
KONON HADIR TANPA DIPAKSA
BERIKAN AKU SETIA....MU
PUAS AKU MENCARI
DIMANA TERPATRINYA CINTAMU..
ADAKAH ITU TAK BISA
ADAKAH ITU PALSU
OH...AKU MENGELAMUN..
DAN MENUNGGU..
KAU MEMPATRI CINTA SETIAMU....
DISUDUT NUN DILUBUK NALURIKU..
AGAR SENDI EMOSIKU...
SEGAR DIMINDA KECILKU..

PATRILAH CINTAMU...
OHH....

Sunday, November 28, 2010

....MELAUT MANUSIA.....

DARI PELUSUK BUMI
KAU DATANG MENCARI CAHAYA INDUK
UNTUK MENGUTIP UNTUNG
MENCUBA NASIB DIRI
YANG MENUNGGU SABUT
KETIMBULAN DIPERMUKAAN
ERTI UNTUNG YANG HIDUP
DIMATA HATI
KONON PANTANG 
ITU MAKANAN JIWA
SETIAP LANGKAH TELITI ‘TAK’ SANGKA
TAKUT DIRI DIMAMAH SUMPAH
KEPERCAYAAN SESAMA MANUSIA
ASTAGHFIRULLAH...
BUMI GENTING YANG LUAK
‘DEK’ MANUSIA GERSANG
TANDUS BERKEHENDAKKAN WANG SEGERA
LIHATLAH DUNIA GENTING
YANG GEMERLAPAN
HINGGAP KELKATU 
HIDUP BERBATU
MELETAK JIWA SUMPAH MATI
SANGGUP MENCABUT 
NYAWA SENDIRI
SANGGUP MELETAK NYAWA DIKENDI
BAGAI SERIK..
NAMUN TIDAK MENYESALI
MELAUT...MELAUT MANUSIA
MENAGIH LAGI...
MENAGIH UNTUNG DUNIA
YANG TIDAK KEKAL
CEKAL MENERJAH
MENCARI YANG TAK PASTI
CARILAH REALITI
WAHAI MELAUT MANUSIA
ITU CUMA LAUTAN MANUSIA DIDUNIA
YANG BIASA...










NUKILAN JIWA:


PENYANGAK RIMBA 2010


EJ MUFRAD DAMIEIN HASZALLY

Friday, November 26, 2010

..RINDU MENCEGAH DIHATI..DAN AKU MEMBISU

SENANDUNG GURINDAM 
MENGUSIK AKALKU
YANG ADA CUMA 
SECEBIS HATI YANG KOSONG
NAMUN KEKOSONGAN... 
ITU YANG PERLU DIRAWAT
DEMI JANJI-JANJI 
YANG TIDAK BEREMOSI
AKU KOSONG KALA INI..
IGAUAN RINDU 
TAK MAHU DIHATI
AKAL BERKECAMUK
 'TAH' KEMANA-MANA..
KALAU DIKUTIP
BERCUCURAN AIRMATA..
BIARLAH RINDU ITU JADI MILIK...
SESIAPAPUN DIMUKA BUMI ALLAH
RASANYA AKU PENAT..
TIDAK DAYA MELAWAN TAKDIR..
NAMUN KELALAIAN...
SEMUA ITU TERKUMPUL DIKALBU
SEDIH DAN MENYAYAT
 NALURI KECIL INI..
DISIAT PUN AKU TIDAK RASA..
PEDIH KALA INI
YANG ADA CUMA KOSONG..
HEBAT DUGAAN TUHAN...
TERIMA KASIH YA'ALLAH
KEREDHAANMU AKAN KUTITIP
MAAFKAN KEKHILAFANKU 
YANG LALU....
TIKA RINDU MENCEGAH DIHATI..
AKU HANYA 
TERDIAM MEMBISU..
DAN AKAN TERUS AKU 
MEMBISU...
    MEMBISU.......
TETAPI AKALKU....
MELAKARKAN LUKISAN 
YANG BERBAGAI-BAGAI..
DAN BIBIRKU HANYA MEMBISU...
DAN TERUS MEMBISU....

Thursday, November 25, 2010

Perjalanan balik ke KL...masa ni hari raya ke2...TNB meletup kat jambatan...sesak tapi ni dah clear dah...heheheeee

cari lah buku ini...bestttt...laaa

INI KOLEKSI PUJANGGA PENYANGAK RIMBA..SELALU MENGAMATI KEINDAHAN CIPTAAN ILLAHI...INI KENANGAN MASA BERBUKA DI TASIK TITIWANGSA

"BerTamu DiKalbu"...lirik itu



tikaku teliti bait2 lirik ini..

 airmataku membasahi pipi...

 sejurus itu kenangan menerjah...

 laluku bawa kenangan itu

 melewati angan semalam...

 bahawa sakitnya..menyayangimu...

 bahawa peritnya mencintaimu...

 terseduku dengan esakkan tangis

 terkeduku dengan peristiwa itu...



 tanpa berlengah..

 kubawa diri

 kau tak ingin lgiku temui

 walau kau sering bertanya tentangku

 kuanggap itu semua hanya

 helahmu untuk dekatiku..

 cukup ianya hanya sekali

 tak ingin kuulangi lgi 

 untuk sejarah ke2 kali

 bersama denganmu



 kubiar luka sembuh sendiri

 untuk satukan yang retak...

 masanya tidaklah lama..

 kutakut hancur luluh 

 tiada belahannya..

 itu tidakku mampu...

 untukku satukan lagi...

 masa jua tidak bererti..

 bukan tkut menempuh realiti...

 namun kuhanya insan biasa

 pasti ada rahmatnya...

disetiap yang diduga...








 HASIL CUNGKILAN RASA:

 Penyangak rimba2010


 Ej Mufrad Damiein Haszally

Buat tatapan semua... (Kisah TEMANku Dikhianati)



Jalannya begitu indah
Bila mata hati kita diperlihatkan
...Maha kuasa allah swt....
Apabila kesukaran itu dipermudahkan
Satu persatu dibongkar...
L A L U berlaku kecurangan!!!
......Beginilah Sinopsis....
Andai dilihat dari paras
Suci tidak bernoda
Andai diteliti Bersih dari segala dosa..
Tetapi...awan tidak selalu cerah
Mendung hitam menjadi teman..
Manusia yang disenangi itu...
MEMULAKAN...
Wataknya
Sewenangnya memamah
Kemuliaan insan berhati murni...
L A L U....insan ini dikhianati
Aduh.....ditarik kesalahan pertama
Fikirnya benar itu tak sengaja
Fikirnya benar itu terlupa..
Namun..dalam tak sengaja
Kepercayaan itu dirobek sepi
Dalam terlupa....
Manusia itu alpa..
Apakah dosa insan itu padamu...
Hinanya perbuatanmu sesama manusia
Kebusukan hati menjadi bangkai
Akhirnya dihidu oleh teman sekeliling
Dihumban kata sumpah seranah
Apakah yang berlaku
Diri sendiri dibaling Jauh dari teman....
Konon melarikan diri
Dapat menenangkan hati bangkai
Yang busuk itu...
L A L U......kemurnian insan
Tercalar luka didalam...
Terbahaslah...
Kasih bertukar menjadi benci
Sayang bertukar rasa meluat
Cinta bertukar berbau jijik
Dan kepercayaan tiada lagi
Hanya yang tinggal
Dan terpahatlah kepahitan
Kini ketakutan menyelubungi
Gementar tak hentii mengiringi
Kekalutan hidup dihimpit
Tiada ketenangan
Hanya yang datang kesempitan
L A L U....
Menangis..meminta simpati
Meratap belas dari insan berhati murni
L A L U..naluri murni itu
Dari hati selembut kasih ibu
Bertukar menjadi hati sekeras batu
Runsing pengalaman kelmarin
Bercermin untuk esoknya
Namun inilah....
Ujian "RAMADHAN"...
Buatmu "IBU"...A'zaKallah.. 


Hasil Nukilan

PENYANGAK RIMBA2010


EJ MUFRAD DAMIEIN HASZALLY

Drama KHALIFAH.....



Dipentas dunia kau berlakon
Tanpa skrip kau berdrama..
Nun jauh dihujung 
Kau lakonkan watakmu
Cuma yang kau tak mampu
Serupa dengan primadonna
Depan skrip lain
Belakang bagai tercurah minyak
Bijak kau titip skrip
Biarlah apa jua yang kau hafal...
Cuma pesanku..
Hanya yang esa sahaja
Bisa beri kau penentuan...
Dan pengajaran buatmu
Usah kau gelisah..
Aku rela menjadi Khaliafah 
Yang skrip biasa
Tak mahu dramaku
Dirakam atau dibukukan
Kerana aku benci "PUBLISITI'
Cukup sekadar untuk aku
Namun terserah
Aku biarkan..
Kerana seolah pesan...
Tak makan saman...
Pesan terakhir aku
Usahlah kau berdrama wahai "KHALIFAH"


NUKILAN RASA:

PENYANGAK RIMBA 2010

Perginya Sebuah Luka



Sendirian mengemudi untuk hidup
Pedatinya laju dikayuh
Beronak duri tetap digagahi
Walau aku tahu keperitannya
Namun apa daya...

Aku tempuhi jua
Telan segalanya
Biarpun pahit bak hempedu
Kerna itu yang dicari
Kerna itu yang digali

Sehingga penat tidak terlayan
Lembaran kehidupan diterokai
Pintu penafasan diterjah 
Untuk sehari aku kejari...
Sehingga melecur telapak kaki
Aku dakap tangisan
setelah BUNDA pergi
Aku peluk kedukaan sendiri
Tiada yang memberi tangan
Untuk mengesat linangan ini..
Kesabaran kusimpan dilubuk nurani
Kutahu pasti ada suatu hari..
Dan suatu hari itu datang jua
kerna kutak lupa pada yang esa..

Kini kutemui gembira
Bila bulan kandung RAMADHAN
Dan lahirnya AIDILFITRI
Semuanya termetri
Kusyukuri nikmat ILLAHI

Moga silaturrahim kurniannya
Akan erat selamanya
Semuga mereka yang pergi 
Bahgia bersama berkat doa
Dirahmati selamanya
Dan pergilah sebuah duka..


Nukilan Rasa:
Penyangak Rimba 2010

Sayu Wajahmu...

Sayu Wajahmu...
Langkah ini semakin longlai..
Tika awan kandung air
Untuk muntah kebumi allah..
Dan kaki ini belum 
Berhenti melangkah...
Untuk kutujui satu destinasi
Yang kusendiri tidak tahu kemana..
Bagai aku hilang haluan..
Namun hati berdetik 
Mohon aku berhenti disini..
Kedegilan hati memberontak..
Kata hati kiri..
Disini bukan destinasimu...
Kuterpandang...kesatu sudut
Wajah penuh sayu..
Terdiam sejenak..
Mata segar tidak berkedip
Hati kandung sebak...
Mata kandung ombak..
Tiba-tiba akal dan hati berselerak..
Nak kuhulur hanya tinggal serdak..
Nak makan sendiri..
Cuma tinggal air ditekak
Telan sendiri..
Kutakut diiringi sebak..
...ini dapat kuteriak..
Dihati sepiku...ya..allah
Berilah mereka dari rezkimu..
Matikan mereka kalau itu mahumu..
Tidak sanggup mataku memandang..
Kalau SAYU WAJAHnya...
Terpahat dihatiku..
Pasti kuiringi sendu..




Hasil Nukilan:

Penyangak Rimba 2010

Followers