BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Thursday, November 25, 2010

OH ANAK


OH ANAK



by Ejay Ralisz Ditto on Wednesday, 06 October 2010 at 06:12





oh..anak
bila kau titipkan basah peluh ibumu
kau belum insaf dan sedar
tetapi bila peluh itu brtukar menjadi harta
yang paling bahagia tentulah seorang ibu..
kerna harta bernyawa itu dibawa hingga akhirat..
lalu kerna sebuah doa dari seorang ibu
akan tamat hingga nafas yg terakhir...


oh anak....
anak...belia penjelajah era
anak..belia memangkin negara...
jangan ibu diselayang pandang...
jangan ibu hanya tmpat menumpang senang
ini masa ada ibu..bila ibu pulang bertemu allah..
siapa tempat kamu menyerah..
usah beremosi dengan ibu...
andai setitis tumpah airmata ibu..
gusar pasti hingga hari tuamu..

oh anak...
tumpahkan peluhmu bagaimana ibu mmbesarkanmu
usah hanya memendam rasa...
kerna ibu bukan perahsia..
sehari tidak habis bercerita
kerana anak pembawa harta doanya...
carilah peluang untuk bersamanya...
walau sesaat luahkan rasa...
usah malu walau kau jejaka..
dewasamu semua dilaman kalbunya

oh...anak
terlewat tiada bicara
terlambat usah menggelupur dipusara
renung mata layunya...
baca sengsaranya...
untuk mendewasakan kita..
seminit bagai berjam menunggu kamu bersuara..
sejam bagai berkurun menahan rasa...

oh anak...
usah gentar kalau bercerita...
usah gegar memohon doanya...
untuk bekalan dihari muka..
pasti kamu tiada leka..
kerna doa ibu bersama kita
pasti barakah disayangi semua...insya'allah...

sajak: oh anak...dari: penyangak rimba..(ej mufrad damiein haszally)

No comments:

Post a Comment

Followers