BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Thursday, November 25, 2010

Oh Lidah...Kaulah Malaikat..Oh Lidah Kau Juga Iblis Laknat



Apa guna sengketa
Ia punca segala BENCANA
Kerana tiap ucap jua bicara
Itu adalah DOA...
Disisi yang esa sungguh bermakna
usah dicuba, usah dinafikannya
Kelak sanubari kecil terasa..
Hati akan gelap..
Bila lidah melakonkan watak
Dunia jua boleh digegarkannya
Ingatlah wahai 
Sahabat, teman dan rakan taulan
Usah mencerca hina sesama manusia
Usah fitnah dimamah
Bagai makanan jalang
Daging mentah diratah
Sedih manusia sekarang
FITNAH bagai dijulang
Gembira lihat SESAMA manusia tumbang
Punah periuk ditambah pepasir
Disangkahnya sesama manusia..
Namun fitrah manusia
Ingatlah balasan YANG ESA...
Belum Terantuk...
Tiada erti mengalah
Suka jadi JARUM..
Ada lagi NASI TAMBAH
Berbagai-bagai nak diludah
Tak cukup lidah...
Bibir dimemek rupa kemek
Dah nak bangkit sebelum dibicara
Takut dituduh seorang PENJENAYAH
Dia fikir...
Dialah DIVA
Tetapi dialah PEMUSNAH 
Segala sifat manusia
PENCETUS fitnah jua segala sengketa
Jangan bertopengkan malaikat
Jika lidah bertuankan iblis laknat
Sedarlah akal..insaflah hati...
Usahlah dimula
Belailah lidahmu dengan zikir
Usaplah emosi bersama..
tasbih allah
Hilangkan SIRIKmu 
Dengan SUJUD kepada yang esa..
Pasti LIDAH akan selamat
Jauhilah dari dibelenggu
Dan bertuankan si IBLIS LAKNAT
Hidup lebih BERKAT..
Semoga hidup dirahmat..
Dunia dan jua akhirat..


.....A  M   I  N.....



CUNGKIL BERPERISA:

PENYANGAK RIMBA2010

EJ MUFRAD DAMIEIN HASZALLY
04112010

No comments:

Post a Comment

Followers