Dalam rindu berbisik duka
Retak luka dihati nurani
Kerana rindu kugenggam
Bisa luluh jiwa
Menanti waktu
Penantian satu penyiksaan
Bilakah adanya pertemuan
Hanya wajah...
Hanya bait luah..
Berbicara tanpa suara
Kurasa tiada sembilu
Kerana kutinggalkan kasih
Kuserapkan sayang
Agar tiada kasih terhalang
Cemburu tiada digagang..
Perlukah aku didendami
Oleh perbuatanku yang silam...
Moga yang esa
Tetap disanubariku
Agar dapat kuberikan
Walau secebis doa
Buat mereka yang mengasihiku
Kadang-kadang sebak menghampiri
Nak kutepis....
Tapi emosi menghalang
Yang dapat aku suburkan
Pertemuan sesawang....
Kumulakan dengan SALAM
Juga perkhabaran
Pasti tidak aku lupakan..
Agar kasih itu subur
Dan mereka TETAP dikenang....
Semoga dihargai sepanjang waktu
TERLUANG.....
Insya'allah..dan kuakhiri
SALAM SAYANG BUAT SEMUA.....
Nukilan Rasa:
Penyangak Rimba 2010
Ejay Ralisz Ditto
No comments:
Post a Comment