BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Thursday, November 25, 2010

...SAHABAT....



Kala bibir mengucap salam...
Kau berbalas senyum 
Bererti pertalian itu ada..
Walau yang hadir dalam pelukan 
Hanya sekuntum senyum
Cukup sekadar menyapa hati kecilku
Deriamu kudakap
Kawah gegendangmu kutitip ceritira
Berkongsi kasih sesama jantina...
Rasa tidak membimbangkan orang tua
Kerana masing-masing cukup dewasa...
Untuk kenal pahala dan dosa..
Wahai sahabat..
Terima kasih padamu..
Sediakan aku deria pelusuk jiwa..
Sediakan seperiuk air mata...
Sediakan aku sepeluk tangan didada
Sediakan aku bahu yang teguh..
Untuk aku layari bahtera sebagai insan..
Hanya yang fahami hatimu...
Yang memandang telus jiwamu..
Kau ceria didada persahabatan
Kau sedia berkorban dihamparan pertalian...
Aku kagumi kamu..
Penghargaan besar maruah tidak dijual 
Betapa indah persahabatan...
Ingin aku kucup dahi sucimu..
Tidak terbalas jasa baktimu...
Atas nama PERSAHABATAN...
Terima kasih buatmu sahabat..




Cetusan JiwaLara:

Penyangak Rimba 2010
Ej Mufrad Damiein Haszally

No comments:

Post a Comment

Followers