BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Thursday, November 25, 2010

temanku bacalah dari hatimu...shah mohd shah



sesaat dah karat
seminit begitu sempit
sejam aku karam
berlari mengejar waktu
begitu seharian hidupku
penuh kealpaan jiwa nurani
langkah nak dikutip
tidak tercapai akal kecil
disergah malaikat
pasti aku terkucil
namun siapalah hambamu ini
hanya kerdil disisimu 
yang esa...
nak kutangis..
membuang semua dosa silam
tetapi...
aku mahu bersujud padamu illahi..
waktu sangat membatasi
itu alasan kuberi
lillahi...aku impikan kedamaian
aku inginkan kesempurnaan
aku mahu doaku diberkati
aku pasrah..
tidak aku berserah pada takdir
dan aku tidak salahkan diriku
kerna perjalanan dibumi allah
simpang siurnya...
kita yang hamparkan
malah aku bersyukur...
kekuatan diberikan 
untuk aku ukur...
jalan manakah yang betul
dan yang manakah yang salah
dengan kewarasan akal
aku masih berjalan ditanah 
dan dapat kugapai 
apa jua yang diimpikan aku 
sebagai makhluk allah
terima kasih ya allah
kudaki kesyukuran
kupanjat redhamu...
kerana siapalah aku 
andai tanpamu dan orang tuaku
tak akan lahir aku kebumimu
ayah dan ibu...terima kasih
kerna mendewasakan aku
wahai bunda malaikat hatiku...
halalkan susumu..
terkias bahasa jiwa
terbias aku kelubuk durhaka
terkangkang tekak melawan kata
terhempas barang prasedar..
ampun dan maafkan lah anakmu 
ayah dan bunda...
pasti kubalas segala jasa jiwa
batin mendokong terguris tiada..
semua leteran kekuatanku
dimasa depan
mohon aku...
bunda doakankanlah..
agar pelita kubawa
menyala sebuah istana..
istana impian seisi keluarga 
bahagia..
insya'allah


Buatmu:
SHAH MOHD SHAH

cungkilan rasa:
Penyangak Rimba 2010

Ej Mufrad Damiein Haszally
23112010

No comments:

Post a Comment

Followers