BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Thursday, November 25, 2010

KOTA KERIANGAN...



Dikala aku sepi
Yang ada..
Hanyalah sehamparan watikah
Yang ada...
Hanyalah kalam bisu
Yang ditarikan jemari
Yang ada...
Hanyalah kamar dikongsi bersama..
Hidup ini sensasi
Pentas disediakan untuk menari
Yang nak bermula..terkejut
Terus...Budaya lain disulami
Dahulu mulia disanjung tinggi
Kini untuk dihormati jauh sekali
Kononnya..
Nama harus digilap 
Untuk terus berada dipuncak ini
Bukan GLAMOUR disalai
Bukan POPULAR dibelai..
Namun itu BUDAYA dititip badai
Andai tewas..SAYONARA..Turunlah BUKIT
Itulah HAi..HAi..bye..bye dari "EZLYN"
Taulan perlu..
Bukan untuk dizalimi..
Sikap semailah semurni hati
Kerana DIA penyambut
Kala kelam menyelubungi..
Hati menjadi kelam..
Kalau tiada KAWAN disisi...
Kota Keriangan bersemadi dihati
Malas nak tukar KARIER lagi
Tidak akan TONGKAT genting...
Terbahak menahan GELI dihati
Kerana PENGALAMAN< PENGAJARAN<selari
Puas kubuka pintu hati..
DUA kali pun tidak juga menjadi
Selagi aku berada digenting
Pasti aku bujang selamanya...
Nak kata sampai mati..
Itu semua kehendak illahi
Berusaha itu dihati
Nak jodoh turun kebumi...
Pasti itu tak akan terjadi...
Mungkin pasti ada yang menanti...
Aku serah semua itu 
Atas kehendak ILLAHI...
Lama sudah aku disini
Rasa nak lari pergi LUAR NEGERI
Kalau itu yang buat tenang dihati
Pasti aku pergi membawa diri 
Sabar itu PASRAH sendiri..
Moga itu semua akan berakhir..
Aku anggap cabaran dan dugaan itu
KETEGASAN..
Anggap masa dan detik itu tugas..
DIKOTA KERIANGAN ini 
Semua kisah suka dan duka berlari
Memori yang dihabiskan 
Semuanya tiada kesalan..
Pada dasarnya aku tenggelam..
Pada illahui aku berserah...
Semangat tidak akan patah...
Kesyukuran kupanjat sentiasa..
Kegembiraaan dan kelukaan
Itu lumrah sebuah kehidupan
Walau laluan diredah tanpa mereka tersayang
Aku pasti BAHAGIA pasti dijulang
Suatu hari PASTI aku menanti...





CUKILAN RASA:

PENYANGAK RIMBA 2010

EJ MUFRAD DAMIEIN HASZALLY
05112010

No comments:

Post a Comment

Followers