BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Thursday, November 25, 2010

...INSAN...



duhai insan
kupeluk setiap ungkapan
kubelai setiap titipan
kusemai keikhlasan
kubajai kejujuran
kulaungkan murni jiwamu
usah aku diragui
usah aku disangsi
kerna kau tetap disisi

duhai insan
namamu kupahat dihati
perilakumu ikon dituas
semangatmu dimentor 
selaku paku semat
dinaluri insani
gerakmu diamati
kerna insanku puja
bersemadi disudut memori

duhai insan
senyummu
gerakmu
tuturmu
longlaimu
lirik matamu
semua dipahat 
diakal amku
begitu kau kupuja
demi merapati
usia ke usiaku

duhai insan kini...
siapalah pula 
insan yang ingin direnung
kelaku entah apa-apa
senyum pun sumbing saja
langkah berterabur
tutur tiada yang jujur
longlai penuh pura
semua sakit dimata
tidak mahu aku disiksa..
atas kelakuan hipokrit segala
kutinggalkan dunia 
KEPURA-PURAAN 
kerna tiada insan
dihati mereka
maafkan aku manusia

ini pesanku..
lahirkan keikhlasan..
muntahkan kejujuran
longlaikan kesempurnaan
ucapkan kesetiaan
agar hidup dirahmati tuhan
kerna yang baik itu
pasti dapat lindungan tuhan
percayalah...
amatilah
renung-renungkanlah
semoga diri tidak dikhianati
kawan-kawan sendiri
juga diri sendiri...
na'uzubillah minzalik




CUNGKILAN RASA:
penyangak rimba

ej mufrad damiein haszally
22112010

No comments:

Post a Comment

Followers