BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU

BERBAHAGIALAH...ITU DOAKU
Sekelip Bisa Merubah Apa Jua Yang Diimpikan..

Wednesday, June 15, 2011

seloka keluargaku

 


Dalam redup kulihat wajahmu
sendu rapat dihujung jemariku ayah
nak kupegang jauh beribu jarakmu
kukirim rindu buat ayah
agar kenangan kita termetri diQOLBUKU
Wahai UMMi yang dikasihi
usah kau tanya dimana kusimpan rinduku
kerana kusuruh ILLAHI menyerumu untukku
pelita kasihmu ayah
CAHAYA dari dalamanmu ummi
BUAT aku terkenang zaman kecilku
kau curah penuh kasih sayang
tanpa jemu kau menguis peritmu
demi mendewasakan aku ayah
demi menyuap kasih kelubuk jiwa ku ummi
wahai malaikat keramat naluriku
kau tak mudah luput dari jiwaku
kalian selalu diEMOSI usang aku
tawa tangis kalian keramat usaha
takkan mati usaha dikudrat anugerahnya
melainkan nyawa dipisah oleh yang ESA

Wahai ADEQ2 pengarang luka jiwa
aku tiada harta untuk kalian bawa
aku harap 
biarlah kasih yang luhur 
untuk kalian semua
bahagikanlah sama rata
agar aku tidak membawa kehancuran 
diQOLBU hanya ada kalian untuk meyambung segala rasa
usah bergaduh manja
usah bertengkar sayangku
usah memendam rasa jantungku
kerana kasih ummi dan ayah 
bukan disini sahaja
kau bekalkanlah untuk kemana-mana
kerana kau x akan temui dipasaraya
dipinggir jalan-jalanmu
kerana digenggamanlah dia bersatu
dijatuhnya airmata itulah lahirnya segala
ingat yaaa ADEQ-ADEQQU
seloka bahagia keluarga itu abadi 
didalam kotak sanubari ku
kerana ketawa itu riuh dipelusuk dinding
dan jangan langsung kau ragu 
KASIH mereka ya ADEQ-ADEQQU
semoga kau iringi selalu doa kudusmu
agarselalu dilndungan YANG MAHA SATU
insya'allah

No comments:

Post a Comment

Followers